Tuesday, 21 August 2012

Permainan Kanak-kanak Kategori Serangan dan Kawasan


1.0  TAJUK

‘Robbers Goal’

2.0  MATLAMAT

Matlamat membuka blog ini adalah untuk membekalkan informasi atau idea yang benar kepada sesiapa yang ingin mendapatkan idea atau petunjuk untuk melaksanakan permainan kanak-kanak ini yang berkategori serangan dan kawasan. Permainan kanak-kanak dalam blog ini dapat diubahsuai atau digunakan terus bagi sesiapa yang ingin melaksanakan suatu permainan yang menyeronokan dan berfaedah.

3.0  OBJEKTIF

1.  Dapat melibatkan koordinasi otot, saraf, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan secara maksimum.
2.  Dapat mengaplikasikan pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ke dalam permainan.
3. Dapat meningkatkan tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan.
4.    Dapat melatih kemahiran menghantar bola, mempertahan dan mengelakkan diri dari pelawan.
5. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat bekerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
6.    Dapat mematuhi langkah-langkah dan peraturan permainan.
7. Untuk memberi keseronokan kepada murid-murid semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
  
4.0  PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

4.1  GAMBAR DAN JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN



4.2  PROSEDUR PELAKSANAAN PEMAINAN

1.  Sebelum mula permainan, murid dikehendaki menjalankan aktiviti memanaskan badan (melari gelangang dua pusingan)  selama seminit.
2.    Murid-murid dibahagi kepada dua pasukan.
3.   Satu pasukan mempunyai enam orang ahli, dimana seorang ahli akan menjadi penjaga gol dan ahli yang lain akan menjadi pemain.
4. Salah satu pasukan akan diminta untuk memakai kain berwana untuk membezakan ahli pasukannya.
5. Setiap murid yang bertanding (termasuk penjaga gol) akan diberi sebatang pemukul hoki kertas.
6.    Permainan akan dimulakan di tengah gelanggang dengan rebutan bola.
7.    Pemain akan menghantar bola kepada ahli pasukannya atau merampas bola dari pelawannya dengan mengguna pemukul hoki kertas dengan kedua-dua belah tangan pada aras bawah.
8.  Pasukan yang berjaya menjaring gol akan mendapat satu markah dan diberi peluang kedua bagi penjaring gol untuk mendapat markah tambahan dengan memasukkan bola itu ke dalam gol satu kali lagi.
9.    Markah tambahan ini cuma dimainkan antara penjaring gol dengan penjaga gol.
10. Jika pemain tersebut berjaya menjaring gol kali kedua, pasukan tersebut akan mendapat satu markah tambahan iaitu jumlahnya dua markah.
11.  Jika pemain tersebut tidak berjaya menjaring gol kali kedua, pasukan tersebut tidak mendapat markah tambahan tetapi markah menjaring gol pertama tetap dikira.
12. Sekiranya salah satu pasukan berjaya menjaringkan gol, permainan akan dimulakan semula oleh pihak lawan.
13. Permainan ini diadakan selama 8 minit dan markah yang paling tinggi dikira sebagai pemenang.
14. Selepas permainan ini tamat, murid dikehendaki melakukan pergerakan menyejukan badan selama seminit.


4.3  PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN



4.4  PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

2.    Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan.
3.   Permainan akan dimulakan dari zon tengah. Setiap pasukan dikehendaki hantar satu wakil untuk merampas bola.
4.    Pemain boleh berada di mana-mana dalam gelanggang tetapi penjaga gol mesti berada di hadapan gol pasukan masing-masing.
5.    Jika pemain melakukan ‘body contact’ atau cuba merampas bola daripada pihak lawan secara kasar, bola akan bertukar tangan ke pihak lawan.
6. Jika bola yang dijaring masuk ke gol pihak lawan maka pihak lawan akan mendapat markah secara percuma.
7.    Bola tidak boleh melepasi garisan putih semasa permainan sedang berlangsung. Jika berbuat demikian, permainan ini akan dimulakan semula. 

No comments:

Post a Comment